Jumaat, 30 Oktober 2009

JAMUAN HI-TEA PENDIDIKAN KHAS SKDK

Tarikh : 29 OKTOBER 2009
Tempat : HOTEL HILLCITY, IPOH
Bil Guru : 8 ORANG
Bil Murid : 12 ORANG
Bil Ibubapa/penjaga : 3 ORANG
Masa : 3 PETANG - 6 PETANG









Jumaat, 16 Oktober 2009

Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Daerah Batang Padang

Majlis tersebut telah dijayakan dengan jayanya di SMK Tapah pada 15 Oktober 2009 bermula jam 9.00 hingga 1.00 petang. Antara pertandingan yang telah dijalankan ialah tilawah Al-Quran, bercerita, hafazan, azan dan nasyid. Pemenang setiap pertandingan akan mewakili Daerah Batang Padang ke peringkat negeri. Pertandingan di peringkat negeri akan diadakan di Hotel Hillcity, Ipoh.


Tahniah kepada para pemenang dan semoga berjaya.













Selasa, 6 Oktober 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah

Bertempat di Kelas Prasekolah Pendidikan Khas SKDK, warga Pendidikan Khas telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 2 Oktober 2009. Guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid sama-sama berganding bahu memasak dan menyediakan peralatan untuk sambutan tersebut. Walaupun murid yang datang tidak ramai, tetapi sambutan kali ini lebih meriah dengan keletah murid-murid ini.


sedapnya.....

jemput makan kawan-kawan







Isk...isk...isk...saper la tu ye?




sedapnya cikgu cikgi kita ni makan yer!!!murid tengok je ke?




lambatnya cikgu nak bagi makan....

Minggu Pendidikan Khas

Pada 14 September hingga 18 September 2009, kami telah menjalankan minggu Pendidikan Khas. Minggu Pendidikan Khas ini telah dirasmikan oleh Guru Besar, Tn Hj. Khairudin b Mohd Jali.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah jualan kad hari raya, jualan penanda buku, tayangan video, permainan bersama murid Pendidikan Khas, teka silang kata dan pameran. Hadiah juga disediakan sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid yang menyertai pertandingan.
Jumlah keuntungan yang telah diperolehi adalah sebanyak RM200 dan akan disalurkan ke tabung kelas Pendidikan Khas SKDK.

Semua guru dan murid telah bertungkus lumus untuk memastikan semua aktiviti berjalan lancar. Sambutan yang diterima dari warga SKDK juga amat menggalakkan. Pelbagai cadangan dan komen telah diterima untuk meningkatkan lagi program di masa akan datang.













Selasa, 28 Julai 2009

Kem Bestari Solat 2009

Pada 21 Julai yang lalu, seramai 5 orang murid Pendidikan Khas SKDK telah menyertai program Kem Bestari Solat peringkat Daerah Batang Padang. Ianya telah dijalankan di Surau SMK Bidor, Bidor. Antara objektifnya ialah supaya murid boleh berwuduk dengan betul dan mendirikan solat dengan sempurna. Walaupun murid-murid ini berkeperluan khas, tetapi sebagai seorang Islam, tidak boleh memandang enteng tentang SOLAT kerana ianya merupakan tiang agama. Oleh itu sesuailah program ini dijalankan di samping memantapkan lagi tentang solat dan wuduk.

Di harap murid-murid boleh mempraktikkan apa yang telah dipelajari di Kem Bestari Solat ini.






Taklimat pembahagian kumpulan kecil





Murid-murid khusyuk menonton tayangan video cara-cara mengambil wuduk dan cara bersolat dengan betul
















Setelah selesai latihan dalam kumpulan, murid-murid menjalani latihan amali cara berwuduk dan bersolat dengan betul









Murid-murid lelaki mengambil wuduk di bawah pimpinan En Farhan dan Ustaz

Isnin, 22 Jun 2009

Aktiviti-aktiviti Yang Telah Dijalankan




Murid Pendidikan Khas membuat persembahan ketika sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Majlis diadakan di Dewan Nilam Utama dan murid-murid menunjukkan kerjasama yang baik semasa sesi latihan dijalankan. Syabas kepada murid-murid Pendidikan Khas!!!






Aktiviti perkebunan merupakan salah satu P & P yang dijalankan setiap hari Jumaat. Ini bertujuan untuk melatih murid berbakti kepada tanah dan tahu untuk bercucuk tanam dan menjual hasil tanaman tersebut untuk mendapatkan keuntungan. Antara hasil tanaman tersebut ialah kangkung, kacang kelisa, peria, dan serai. Target utama untuk menjual hasil tanaman tersebut ialah guru-guru SK Datuk Kelana. Secara tidak langsung, murid dapat menambah pendapatan mereka dan dimasukkan ke dalam tabung.



Pada 13 Mei 2009 dan 14 Mei 2009, warga Pendidikan Khas SK Datuk Kelana dan SK Slim Village mengadakan aktiviti belajar sambil melawat ke Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Walaupun jangka masa yang singkat, para peserta rombongan sempat melawat ke beberapa tempat seperti Gua Kelam, Padang Besar, Taman Ular dan sebagainya.












Selasa, 2 Jun 2009

Sejarah


Pada 24 Februari 1989, sebuah kelas khas Bermasalah Pendengaran telah dibuka di
SK Datuk Kelana, Tapah. Terdapat 8 orang murid bermasalah pendengaran dan
dikendalikan oleh seorang guru Pendidikan Khas.

Pada masa itu, terdapat kemudahan asrama. Ini adalah atas usaha guru-guru sekolah dengan Jabatan Kebajikan Daerah Batang Padang. Pada 1991 kemudahan asrama ini telah dihentikan
kerana masalah kewangan dan tenaga pekerja. Murid-murid kelas khas ini datang dari persekitaran Tapah, Bidor, Chenderiang, Temoh, Trolak dan lain-lain. Rancangan percantuman kelas Khas Bermasalah Pendengaran di SK Datuk Kelana merupakan satu-satunya rancangan percantuman di Daerah ini. (Daerah Batang Padang)

Pada awal tahun 1997, satu lagi rancangan percantuman telah dibuka di SK Sungkai untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran dan diikuti dengan pembukaan kelas Bermasalah Pembelajaran di SK Toh Tandewa Sakti, Tapah, Perak.